Pada 21 Jun 2012 telah berlangsungnya majlis temu mesra guru tahun enam bersama ibu/ bapa calon UPSR 2012 yang mana bertujuan merapatkan lagi hubungan silaturahim dan memberi peluang kepada pihak sekolah membentangkan strategi pihak sekolah untuk mengekalkan kejayaan dalam UPSR 2012. Terima Kasih kepada Ibu Bapa yang berjaya meluangkan sedikit masa demi kejayaan bersama.
Pada 20 Jun 2012 Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu, Tuan Haji Shafruddin Ali Hussin telah meluangkan masa ke SK Tapu dan bertemu murid yang akan menghadapi UPSR 2012. Pihak sekolah merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada tuan kerana sudi meluangkan masa beliau untuk memberikan motivasi kepada murid murid calon UPSR. Terima Kasih Tuan.
Buat pertama kalinya Makmal Sains sekolah dicalonkan dan telah berjaya menjadi Johan Zon KDSR 1 dalam pertandingan keceriaan sempena Perayaan Hari Guru 2012 yang telah dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Terengganu baru baru ini. Tahniah dan syabas diucapkan. Semoga tahun depan kita akan berjaya di peringkat daerah pula.