slaid

PEPERIKSAAN PRA PERCUBAAN UPSR | 16-19 JULAI 2018 <> PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR | 30 JULAI - 2 OGOS 2018 <> PEPERIKSAAN TAMBAH NILAI UPSR | SEPTEMBER 2018 | SK TAPU

27 Okt 2013

Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Terengganu 2013

Alhamdulillah dan syukur diatas rezeki yang dikurniakan Allah, dengan izinnya sekali lagi Sekolah Kebangsaan Tapu dipilih untuk menerima dua anugerah bedasarkan nilaian kecemerlangan yang telah dicapai pada UPSR yang lepas pada Majlis Kecemerlangan Pendidikan Terengganu 2013 bersempena Karnival Pendidikan 2013. Pada majlis anugerah kali ini Sekolah Tapu telah dianugerahkan ANUGERAH SEKOLAH TERBAIK UPSR (BERASASKAN GRED PURATA SEKOLAH) dan ANUGERAH SEKOLAH TERBAIK UPSR (BERASASKAN PERATUS TERTINGGI 5A).

Semoga anugerah ini akan terus menjadi perangsang untuk warga Tapu berusaha untuk kecemerlangan masa hadapan.






5 Okt 2013

Perkhemahan Badan Beruniform 2013

Tarikh: 19-21 September 2013

Bertempat di D'Pengkalan Nature & Lodge Rantau Abang, seramai 40 ahli Pengakap dan Puteri Islam Sk Tapu berkampung selama 3 hari 2 malam bagi menyempurnakan kalendar aktiviti sekolah. Antara aktiviti yang dijalankan seperti pertandingan memasak, 'jungle tracking', berkayak, dan lain-lain.