slaid
27 Feb 2018
14 Feb 2018
Majlis Temu Murni Dan Akujanji UPSR
SELASA, 13 Februari 2018 - Majlis Temu Murni Ibu Bapa murid Tahun 6
telah diadakan. Majlis Akujanji juga turut diadakan dengan bacaan ikrar
murid serta menandatangani banner yang disediakan sebagai simbolik
kepada penzahiran matlamat yang akan dicapai. Tahniah kepada JK
Kecemerlangan UPSR atas penganjuran program.
Penganjuran Bola Tampar oleh HuTeCS
SELASA, 13 Februari 2018 - Penganjuran Permainan Bola Tampar oleh
Pelajar-Pelajar Kolej Tingkatan Enam (HuTeCS) melibatkan murid-murid SK
Tapu bersama-sama dengan 24 orang pelajar sekolah berkenaan. Terima
kasih daripada pihak sekolah kerana memilih SK Tapu sebagai peserta
perlawanan. Terima kasih kepada guru penasihat bola tampar SK Tapu.
10 Feb 2018
Majlis Penutupan Minggu I'M Safe
Penutupan Minggu I'M Safe .. PPDa
Pengisian program Solat Dhuha, Solat Hajat, Bacaan Yaasin, Tahlil diikuti tazkirah yang disampaikan oleh Tuan Haji Roslan bin Abd Bakar... Terima kasih kepada semua yang menjayakan program yang berlangsung selama seminggu.
4 Feb 2018
Majlis Pelancaran Minggu I'M Safe Gen-T Sejahtera
Ahad, 4 Februari - Majlis Pelancaran Dan Perasmian Minggu I'M Safe yang disempurnakan oleh Encik Ahmad Shukri Ghaza,
Guru Besar SK Tapu. Aktiviti akan berlangsung selama seminggu bermula
hari ini yang dikendalikan oleh PK Hal Ehwal Murid melalui JK
Kesihatan/PPDa.
| Gambar
| Gambar
1 Feb 2018
Mesyuarat Agung PIBG | Program Motivasi | Bantuan Awal Persekolah
KHAMIS, 1 Februari 2018, Bertempat di SK Tapu telah berlangsung 3 program iaitu
pada jam 8.30-10.30 telah diadakan Program Motivasi Keibubapaan Bersama
Murid yang disampaikan oleh Yg. Bhg. Tuan Haji Mohd So'od bin Chik,
Pensyarah IPG KDRI. Seterusnya diikuti dengan Mesyuarat Agung PIBG Kali
Ke-18 yang dirasmikan oleh Yg. Bhg. Tuan Haji Ton Mansor bin Ton
Abdullah mewakil YBM Dato' Haji Tengku Putera bin Tengku Awang
seterusnya menyampaikan Wang Bantuan Awal Persekolahan kepada 88 orang
penerima pada tahun ini. Hadir sama Encik Jafri bin Jusoh (PPPD
Pembangunan, Perolehan Dan Aset) selaku Pegawai Perhubungan Sekolah.
Syabas dan tahniah kepada JK yang terlibat serta pihak kantin dan
individu yang sentiasa menyumbang bakti kepada sekolah.
| Gambar
| Gambar
Langgan:
Catatan (Atom)