slaid

PEPERIKSAAN PRA PERCUBAAN UPSR | 16-19 JULAI 2018 <> PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR | 30 JULAI - 2 OGOS 2018 <> PEPERIKSAAN TAMBAH NILAI UPSR | SEPTEMBER 2018 | SK TAPU

26 Jun 2012

Analisis OTI 2 Peringkat Daerah

Pencapaian SK Tapu 
  1. Mendahului senarai nilai GPS terbaik daerah  dengan 1.87
  2. Mendahului senarai LSMP (lulus semua mata pelajaran) dengan 90.00%
  3. Tempat ke 17 dalam peratusan 5A (5.00%) dari 47 buah sekolah 


21 Jun 2012

Temu Mesra bersama ibu bapa calon UPSR

Pada 21 Jun 2012 telah berlangsungnya majlis temu mesra guru tahun enam bersama ibu/ bapa calon UPSR 2012 yang mana bertujuan merapatkan lagi hubungan silaturahim dan memberi peluang kepada pihak sekolah membentangkan strategi pihak sekolah untuk mengekalkan kejayaan dalam UPSR  2012. Terima Kasih kepada Ibu Bapa yang berjaya meluangkan sedikit masa demi kejayaan bersama.







20 Jun 2012

Lawatan Tuan Pegawai Pelajaran Daerah

Pada 20 Jun 2012 Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu, Tuan Haji Shafruddin Ali Hussin telah meluangkan masa ke SK Tapu dan bertemu murid yang akan menghadapi UPSR 2012. Pihak sekolah merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada tuan kerana sudi meluangkan masa beliau untuk memberikan motivasi kepada murid murid calon UPSR. Terima Kasih Tuan.








3 Jun 2012

Sk Tapu Johan Makmal Sains Terbaik

Buat pertama kalinya Makmal Sains sekolah dicalonkan dan telah berjaya menjadi Johan Zon KDSR 1 dalam pertandingan keceriaan sempena Perayaan Hari Guru 2012 yang telah dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Terengganu baru baru ini. Tahniah dan syabas diucapkan. Semoga tahun depan kita akan berjaya di peringkat daerah pula.