slaid

PEPERIKSAAN PRA PERCUBAAN UPSR | 16-19 JULAI 2018 <> PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR | 30 JULAI - 2 OGOS 2018 <> PEPERIKSAAN TAMBAH NILAI UPSR | SEPTEMBER 2018 | SK TAPU

14 Nov 2013

Alhamdulillah...SK Tapu masih dikalangan terbaik-Majlis Pengumuman UPSR 2013

Tarikh: 14 November 2013


Syukur kehadrat ilahi kerana berkat doa dan usaha semua pihak SK Tapu masih kekal dalam 10 sekolah terbaik di Terengganu. Berkedudukan di no.10, dengan GPS 1.46, seramai 8 orang murid berjaya mendapat 5A daripada 27 calon manakala seramai 9 orang murid lagi mencapai 4A. Ini masih lagi pencapaian yang membanggakan dengan mengambil kira penguasaan sekolah-sekolah dari daerah Hulu Terengganu dalam ranking GPS negeri dalam peperiksaan UPSR tahun ini.



10.30 pagi, ibu bapa dan penjaga telah memenuhi dewan sekolah bagi menyaksikan majlis Pengumuman UPSR 2013 SK Tapu. Majlis diserikan dengan kehadiran YDP PIBG SK Tapu, Ustaz Azrin yang turut menyampaikan slip keputusan peperiksaan kepada murid-murid. Berikut suka duka sepanjang majlis berlangsung.













27 Okt 2013

Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Terengganu 2013

Alhamdulillah dan syukur diatas rezeki yang dikurniakan Allah, dengan izinnya sekali lagi Sekolah Kebangsaan Tapu dipilih untuk menerima dua anugerah bedasarkan nilaian kecemerlangan yang telah dicapai pada UPSR yang lepas pada Majlis Kecemerlangan Pendidikan Terengganu 2013 bersempena Karnival Pendidikan 2013. Pada majlis anugerah kali ini Sekolah Tapu telah dianugerahkan ANUGERAH SEKOLAH TERBAIK UPSR (BERASASKAN GRED PURATA SEKOLAH) dan ANUGERAH SEKOLAH TERBAIK UPSR (BERASASKAN PERATUS TERTINGGI 5A).

Semoga anugerah ini akan terus menjadi perangsang untuk warga Tapu berusaha untuk kecemerlangan masa hadapan.






5 Okt 2013

Perkhemahan Badan Beruniform 2013

Tarikh: 19-21 September 2013

Bertempat di D'Pengkalan Nature & Lodge Rantau Abang, seramai 40 ahli Pengakap dan Puteri Islam Sk Tapu berkampung selama 3 hari 2 malam bagi menyempurnakan kalendar aktiviti sekolah. Antara aktiviti yang dijalankan seperti pertandingan memasak, 'jungle tracking', berkayak, dan lain-lain.