slaid

PEPERIKSAAN PRA PERCUBAAN UPSR | 16-19 JULAI 2018 <> PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR | 30 JULAI - 2 OGOS 2018 <> PEPERIKSAAN TAMBAH NILAI UPSR | SEPTEMBER 2018 | SK TAPU

30 Jan 2018

Amali Solat Jenazah




30 Januari 2018 - Amali solat jenazah dikendalikan oleh Tuan Haji Roslan dbantu oleh guru-guru SK Tapu. Terima kasih atas pengisian ilmu yang diberikan.

Meraikan Hari Lahir Murid Bulan Januari




29 Januari 2018, Meraikan murid yang menyambut Hari Lahir bulan Januari sempena Program Penyayang. Program seumpama ini akan diteruskan setiap bulan. Tahniah kepada Unit HEM.

28 Jan 2018

Kejohanan Merentas Desa MSSDHT





25 Januari 2018, Bukit Apit, Kejohanan Merentas Desa MSSDHT 2018, Penyertaan SK Tapu seramai 9 orang (5 Lelaki, 4 Perempuan). Terima kasih kepada guru yang komited dalam memastikan penyertaan kali ini. ( Cg Tg. Fadli dan Cg. Sartinah). Tahniah dan terima kasih atas penyertaan.

21 Jan 2018

Singgah Sayang PPD Hulu Terengganu




22 Jan 2018- Jutaan terima kasih kepada En Jalaludin Ismail , PPD Hulu Terengganu atas kunjungan ke SK Tapu pada hari ini. Tuan PPD telah memberikan suntikan motivasi kepada murid Tahun 6. Beberapa input baru juga telah dicadangkan bagi menaikkan lagi infrastruktur sekolah. Terima kasih atas keprihatinan tuan. Turut hadir sama YDP PIBG.


18 Jan 2018

Majlis Sanjungan Budi



KHAMIS, 18 Januari 2018 - Majlis meraikan rakan-rakan guru yang bertukar dalam Majlis Sanjungan Budi Guru & Guru Kafa di Felda Residence Hotel Kuala Terengganu. Terima kasih atas budi dan jasa yang telah dicurahkan kepada anak didik SK Tapu sepanjang tempoh berkhidmat di sini. Semoga lebih berjaya di tempat kerja yang baru.
|  Anjuran Kelab Guru   | Gambar