slaid

PEPERIKSAAN PRA PERCUBAAN UPSR | 16-19 JULAI 2018 <> PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR | 30 JULAI - 2 OGOS 2018 <> PEPERIKSAAN TAMBAH NILAI UPSR | SEPTEMBER 2018 | SK TAPU

24 Mac 2015

Penghakiman Pertandingan Anugerah Guru Inovasi Peringkat Kebangsaan 2015 KPM

Tahniah Cikgu Tun Azlina bt Wan Lokman atas penyertaan beliau dalam kategori individu sekolah rendah dengan bahan inovasi 'Belajar Sambil Bermain Dalam Sains'. Tersenarai antara 4 peserta di peringkat kebangsaan.  SK Tapu telah dikunjungi panel hakim dari Bahagian Pembangunan Kurikulum pada pagi Isnin, 23 Mac 2015.








9 Mac 2015

Program Motivasi Ibu Bapa Dan Murid Tahap 2

Program ini bermula jam 10.30 pagi hari Ahad, 8 Mac 2015. Ceramah disampaikan oleh Ustaz Hj. So'od bin Chik yang merupakan pensyarah akademik di Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral (JAPIM) Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail (IPGKDRI) Kuala Terengganu. Tahun ini merupakan tahun yang ketiga beliau dijemput oleh pihak sekolah atas latar belakang beliau sebagai bekas murid di SK Tapu. Kehadiran ibu bapa amatlah memberangsangkan demi kemajuan pendidikan anak-anak kampung.




4 Mac 2015

SK Tapu kini Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK)

Bertarikh 3 Mac 2015, Sk Tapu telah dianugerahkan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) fasa 9 di majlis pengiktirafan yang diadakan di Putrajaya. Sekolah ini memilih kebitaraan dalam Matematik dan Bola Tampar.