slaid

PEPERIKSAAN PRA PERCUBAAN UPSR | 16-19 JULAI 2018 <> PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR | 30 JULAI - 2 OGOS 2018 <> PEPERIKSAAN TAMBAH NILAI UPSR | SEPTEMBER 2018 | SK TAPU

24 Jan 2014

Pembuka Tirai Pertandingan Sukan Dan Permainan 2014

Tarikh: 23 Januari 2014

Bertempat di SK Pasir Tinggi, seramai 3 murid SK Tapu telah mewakili sekolah dalam Pertandingan Ping Pong peringkat KDSR 1. Walaupun berhadapan dengan kesulitan fasiliti, alhamdulillah salah seorang daripada mereka iaitu adik Muhammad Faqih Bin Mursidi berjaya melangkah ke peringkat suku akhir. Tahniah diucapkan.



















19 Jan 2014

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah 2014

Tarikh: 16 Januari 2014

Bersempena dengan Maulidur Rasul yang disambut oleh setiap umat islam di seluruh dunia, warga SK Tapu turut sama mengadakan Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Sambutan dimulakan pada pukul 7.30 pagi dengan taklimat perarakan. Para peserta perarakan berjalan dan berselawat dari perkarangan sekolah menuju ke Masjid Kampung Tapu pada jam 8.15 pagi. 



















Perarakan ini mendapat bantuan dari Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang mengawal trafik sepanjang perarakan menuju ke masjid dan kembali semula ke sekolah.




Sebaik sahaja tiba di masjid, para peserta mendengar ceramah khas Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Ustaz Azrin bin Alias. Ceramah ini turut disertai oleh warga SMK Tapu yang sama-sama memenuhi masjid. Jam 9.45 pagi, para peserta bergerak pulang ke sekolah sambil berselawat.
















Program sambutan diteruskan lagi di sekolah dengan pertandingan mewarna dan melukis poster selepas waktu rehat.














Pertandingan Sepanduk terbaik antara rumah sukan diadakan 3 hari sebelum hari sambutan.