slaid

PEPERIKSAAN PRA PERCUBAAN UPSR | 16-19 JULAI 2018 <> PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR | 30 JULAI - 2 OGOS 2018 <> PEPERIKSAAN TAMBAH NILAI UPSR | SEPTEMBER 2018 | SK TAPU

24 Feb 2014

Atlit SK Tapu di Kejohanan Balapan Dan Padang MSSD Hulu Terengganu 2014

Tarikh: 17-20 Februari 2014

Seperti tahun-tahun sebelum ini, bagi tahun 2014, SK Tapu telah menghantar seramai 6 orang atlit ke kejohanan tahunan ini yang berlangsung di SMK Jenagor, Hulu Terengganu.

Senarai atlit sekolah kita:

1. MUHAMMAD FAQIH BIN MURSIDI (LOMPAT JAUH & LARI 100 METER)
2. MUHAMMAD AFIQ KHUSYAIRI BIN ROMAIZI (LONTAR PELURU)
3. NURUL ALIEZA SYAFIKAH BINTI ABD HAMID (LOMPAT JAUH & LARI 100 METER)
4. MUHAMMAD QANAFI BIN MOHD SHAARI (LARI 200 METER)
5. NURUL SHAHIZA AFIKAH BINTI OMAR (LONTAR PELURU)
6. NUR JESNITA JUNERA BINTI LUXMAN AL-HAKIM (LARI 100 & 200 METER)



Keseluruhannya, SK Tapu meraih 2 mata hasil kejayaan adik Nurul Alieza yang menduduki tempat keempat dalam acara akhir Lari 100 Meter dan akhir Lompat Jauh. Manakala atlit lain tidak berjaya layak ke peringkat akhir seperti adik Faqih yang hanya bersaing di peringkat saringan acara Lompat Jauh dan Lari 100 Meter, adik Afiq juga hanya bersaing peringkat saringan awal, adik Qanafi tersekat di peringkat separuh akhir acara Lari 100 Meter, adik Nurul Shahiza juga hanyadi saringan awal, begitu juga adik Nur Jesnita tidak berjaya melepasi saringan awal. 

Walaubagaimanapun, menurut Setiausaha Kokurikulum SK Tapu, En. Kamaruddin bin Embong ketika ditemui berkata, adik Nurul Alieza mampu menggembirakan kem SK Tapu apabila terpilih mengikuti latihan pusat di SMK Matang (24 Februari- 3 Mac 2014) dan seterusnya mewakili Pasukan Balapan Dan Padang Majlis Sukan Sekolah Daerah Hulu Terengganu di Kejohanan Balapan Dan Padang Majlis Sukan Sekolah Terengganu 2014 di Trek Latihan Olahraga MSN, Gong Badak, Kuala Terengganu pada 5-8 Mac 2014. Syabas! 

20 Feb 2014

Murid Sk Tapu di Perasmian Kejohanan Balapan & Padang MSSD Hulu Terengganu Kali ke-49

Tarikh: 17 Februari 2014

Kejohanan pada kali ii telah dirasmikan oleh YB En. Ghazali Bin Taib, Exco Pendidikan Dan Tugas-Tugas Khas Negeri Terengganu. Kontinjen SK Tapu telah menghantar seramai 18 murid dan guru pengiring ke majlis perasmian kejohanan yang diadakan di Padang SMK Jenagor. Rombongan bertolak pada jam 12.30 bagi memudahkan pengurusan ahli kontinjen. Walaupun tidak berjaya meraih sebarang kemenangan dalam kategori perbarisan terbaik namun semangat murid dan guru perlu diberi pujian.







16 Feb 2014

Murid SK Tapu di Perkhemahan Pasukan Badan Beruniform (PBB) Sekolah Rendah Dan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) Peringkat Daerah

Tarikh: 13-15 Februari 2014

SK Tapu telah menghantar 2 orang murid bagi menyertai perkhemahan badan beruniform peringkat daerah bertempat di Pusat Kokurikulum Daerah, Sk Menerong, Kuala Berang.

Peserta lelaki: Mohd Azrie bin Sidek
Peserta Perempuan: Nur Jesnita Junera binti Luxman Al-Hakim

Kedua-dua peserta merupakan murid tahun 6. Tahniah kepada Nur Jesnita kerana berjaya melayakkan diri bagi mewakili daerah ke perkhemahan peringkat negeri. Syabas!


10 Feb 2014

Kejohanan Bola Jaring Bawah 12, 15, Dan 18 Tahun MSSDHT 2014

Tarikh: 10-12 Februari 2014

Sedang berlangsung di padang Sk Tapu, Kejohanan Bola Jaring Bawah 12, 15, Dan 18 Tahun MSSDHT 2014 yang menyaksikan pasukan bola jaring dari seluruh daerah Hulu Terengganu berentap di sini. Sk Tapu dan SMK Tapu menjadi tuan rumah kepada kejohanan ini.























9 Feb 2014

Tahniah. Pasukan Bola Jaring Tempat Ketiga, Tidak Berjaya Ke Peringkat Daerah.

Tarikh: 5 & 6 Februari 2014

Pasukan bola jaring Sk Tapu telah menyertai Kejohanan Bola Jaring Peringkat Zon KDSR 1 di Sk Langgar. Sk Tapu telah menjadi naib johan kumpulan B dan seterusnya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir bersama Sk tanggol, Sk Pasir Tinggi, dan Sk Ajil. Bermain di peringkat separuh akhir di padang A, Sk Tapu dikalahkan oleh Sk Pasir Tinggi dengan keputusan 6-7. Manakala di padang B, Sk Ajil menewaskan Sk Tanggol dengan keputusan 3-0. Johan menjadi milik Sk Ajil yang mengalahkan Sk Pasir Tinggi dengan keputusan  7-3. Pasukan sekolah kita mendapat tempat ketiga dalam kejohanan ini. Ribuan terima kasih kepada guru dan mereka yang melatih pasukan.














4 Feb 2014

Persediaan terakhir pasukan bola jaring SK Tapu 2014

Bertempat di gelanggang bola jaring sekolah, pasukan di bawah bimbingan Pn. Nor Azizah, Pn. Nora dan beberapa orang lagi jurulatih yang terdiri daripada guru dan penduduk kampung telah menjalani latihan terakhir petang tadi. Turut sama menyertai lathan ialah Pn. Siti Zaleha, guru dari SK B. Apit. Latihan intensif ini adalah bagi menghadapi Kejohanan Bola Jaring peringkat zon KDSR 1 yang bakal berlaku pada keesokan hari (5 Februari) di SK Langgar. Diharapkan pencapaian pasukan bola jaring bagi tahun ini lebih baik daripada tahun sebelumnya.