slaid

PEPERIKSAAN PRA PERCUBAAN UPSR | 16-19 JULAI 2018 <> PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR | 30 JULAI - 2 OGOS 2018 <> PEPERIKSAAN TAMBAH NILAI UPSR | SEPTEMBER 2018 | SK TAPU

24 Feb 2014

Atlit SK Tapu di Kejohanan Balapan Dan Padang MSSD Hulu Terengganu 2014

Tarikh: 17-20 Februari 2014

Seperti tahun-tahun sebelum ini, bagi tahun 2014, SK Tapu telah menghantar seramai 6 orang atlit ke kejohanan tahunan ini yang berlangsung di SMK Jenagor, Hulu Terengganu.

Senarai atlit sekolah kita:

1. MUHAMMAD FAQIH BIN MURSIDI (LOMPAT JAUH & LARI 100 METER)
2. MUHAMMAD AFIQ KHUSYAIRI BIN ROMAIZI (LONTAR PELURU)
3. NURUL ALIEZA SYAFIKAH BINTI ABD HAMID (LOMPAT JAUH & LARI 100 METER)
4. MUHAMMAD QANAFI BIN MOHD SHAARI (LARI 200 METER)
5. NURUL SHAHIZA AFIKAH BINTI OMAR (LONTAR PELURU)
6. NUR JESNITA JUNERA BINTI LUXMAN AL-HAKIM (LARI 100 & 200 METER)



Keseluruhannya, SK Tapu meraih 2 mata hasil kejayaan adik Nurul Alieza yang menduduki tempat keempat dalam acara akhir Lari 100 Meter dan akhir Lompat Jauh. Manakala atlit lain tidak berjaya layak ke peringkat akhir seperti adik Faqih yang hanya bersaing di peringkat saringan acara Lompat Jauh dan Lari 100 Meter, adik Afiq juga hanya bersaing peringkat saringan awal, adik Qanafi tersekat di peringkat separuh akhir acara Lari 100 Meter, adik Nurul Shahiza juga hanyadi saringan awal, begitu juga adik Nur Jesnita tidak berjaya melepasi saringan awal. 

Walaubagaimanapun, menurut Setiausaha Kokurikulum SK Tapu, En. Kamaruddin bin Embong ketika ditemui berkata, adik Nurul Alieza mampu menggembirakan kem SK Tapu apabila terpilih mengikuti latihan pusat di SMK Matang (24 Februari- 3 Mac 2014) dan seterusnya mewakili Pasukan Balapan Dan Padang Majlis Sukan Sekolah Daerah Hulu Terengganu di Kejohanan Balapan Dan Padang Majlis Sukan Sekolah Terengganu 2014 di Trek Latihan Olahraga MSN, Gong Badak, Kuala Terengganu pada 5-8 Mac 2014. Syabas! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan