slaid

PEPERIKSAAN PRA PERCUBAAN UPSR | 16-19 JULAI 2018 <> PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR | 30 JULAI - 2 OGOS 2018 <> PEPERIKSAAN TAMBAH NILAI UPSR | SEPTEMBER 2018 | SK TAPU

6 Jul 2018

Selamat Bertukar


5 Julai 2018 - Majlis serahan tugas Encik Azmi bin Isa (Mantan GPK Kokurikulum) kepada Encik Azli bin Saad (GPK Kokurikulum) disaksikan oleh Encik Ahmad Shukri bin Ghaza (Guru Besar). Selamat bertugas di tempat baru kepada Encik Azmi bin Isa. Beliau ditukarkan ke SK Tok Randok sebagai Guru Penolong Kanan HEM. 

Warna-Warni Aidilfitri 2018




28 Jun 2018 - Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri berlangsung dengan jayanya. Kalungan terima kasih dan penghargaan kepada Jawatankuasa PIBG bersama dengan 3 buah kampung turut sama menyumbangan hidangan masing-masing termasuk juga YDP PIBG dan pihak pengurusan kantin sekolah. Semoga majlis yang diadakan ini dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan komuniti SK Tapu. 

Selamat Bertukar


Selamat bertugas sebagai Guru Besar di SK Kemat kepaada Puan Siti Zaliha binti Sulong. SK Tapu merakamkan jutaan terima kasih atas sumbangan dan jasa yang telah diberikan selama ini.

16 Mei 2018

Perayaan Hari Guru Peringkat Sekolah Kali Ke-47





16 Mei 2018, Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat SK Tapu telah dirasmikan oleh Encik Ahmad Shukri bin Ghaza, Guru Besar SK Tapu. Sebelah pagi diadakan perasmian disulami dengan bacaan perutusan daripada KPPM dan Pengarah JPNT. Sejurus selepas rehat diadakan Ceramah Ramadhan oleh Tuan Haji Roslan bin Abu Bakar diikuti dengan solat zohor dan solat hajat sempena kehadiran bulan Ramadhan esok. Terima kasih kepada semua guru yang terlibat secara langsung dalam perayaan tahun ini.

21 Apr 2018

Kem Kecemerlangan UPSR 2018





21 April 2018 - Tahniah kepada JK Kecemerlangan UPSR yang berjaya mengadakan Kem Kecemerlangan UPSR 2018 bagi murid Tahun 5 dan 6 bertempat di Awang's Beach Resort, Rantau Abang Dungun. Kem berlangsung selama 3 hari 2 malam bermula 19-21 April 2018. Semoga pengisian kem kali ini memberikan impak yang besar kepada semua murid.

17 Apr 2018

Tahniah Team Bola Tampar L12 dan P12




16 April 2018, Bertempat di Gelanggang Bola Tampar SK Ajil, Pasukan Bola Tampar SK Tapu meraih Johan bagi kategori Lelaki 12 dan Perempuan 12 Zon KDSR1. Permainan yang dijalankan secara liga itu menyebelahi pasukan SK Tapu kali ini. Terima kasih kepada semua guru yang berkerja keras dalam memastikan pengajuran tahun ini dijalankan dengan jayanya. Terima kasih juga kepada SK Ajil yang menyediakan gelanggang perlawanan. Hadiah telah disampaikan oleh Encik Mohd Rawi bin Rani @ Abd Ghani, Guru Besar SK Tok Randok selaku Pengerusi Zon KDSR1.

| Gambar : Cikgu Sartinah

6 Apr 2018

Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia Peringkat SK Tapu




Program Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) telah sempurna dilaksanakan bagi peringkat SK Tapu. Pelancaran telah dirasmikan oleh Encik Ahmad Shukri bin Ghaza, Guru Besar SK Tapu. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang 3 hari program berlangsung. Bertemakan Pembacaan Berkualiti Menjana Minda Bestai serentak dilancarkan seluruh negeri. Terima kasih kepada Cikgu Sartinah binti Salleh selaku GPM yang menjadi tulang belakang dalam program ini dibantu oleh semua guru SK Tapu. Syabas dah tahniah kepada semua murid yang berjaya mendapat hadian.

26 Mac 2018

Majlis Tadarus Al-Quran (MTQSS) Zon KDSR 1



26 Mac 2018 - Pencapaian membanggakan peringkat Zon KDSR1 Majlis Tadarus Al-Quran (MTQSS) yang berlangsung di SK Langgar hari ini.
1. Khairul Ain Husna bt Khairuddin - JOHAN (Hafazan)
2. Ahmad Iqmal Hakimi bin Zakaria - Saguhati (Hafazan)
3. Yasmina Amira Putri bt Yazid - Saguhati (Tilawah)
4. Muhammad Aqil Luqman bin Muhammad Muzaudin - Saguhati ( Tilawah).

Terima kasih kepada Ustazah Sharifah Suhayati, Ustaz Zakri dan Ustaz Roslan dan tahniah kepada murid terlibat.

1 Mac 2018

Kejohanan Sukan Olahraga Berlabuh Tirai Hari Ini







Tamatlah sudah Kejohanan Sukan Olahraga SK Tapu Kali Ke-18. Acara bermula 27-28 Febuari 2018 dan 1 Mac 2018 merupakan acara kemuncak. Perasmian disempurnakan oleh Encik Roslan bin Mamat @ Yusoff, Ketua Unit Sukan JPNT pada hari ini. Turut hadir sama Encik Jafri bin Jusoh, Pen. PPDHT merangkap Pegawai Perhubungan Sekolah. Johan keseluruhan dinobatkan kepada pasukan Rumah Biru. Perbarisan Terbaik diungguli oleh Rumah Kuning. Terima kasih kepada acara jemputan 4x100m L12 dan P12 yang disertai oleh SK Tanggol, SK Pasir Tinggi dan SK Langgar. Syabas dan tahniah kepada semua yang menjayakan acara kejohanan tahun ini.

14 Feb 2018

Majlis Temu Murni Dan Akujanji UPSR





SELASA, 13 Februari 2018 - Majlis Temu Murni Ibu Bapa murid Tahun 6 telah diadakan. Majlis Akujanji juga turut diadakan dengan bacaan ikrar murid serta menandatangani banner yang disediakan sebagai simbolik kepada penzahiran matlamat yang akan dicapai. Tahniah kepada JK Kecemerlangan UPSR atas penganjuran program.

Penganjuran Bola Tampar oleh HuTeCS




SELASA, 13 Februari 2018 - Penganjuran Permainan Bola Tampar oleh Pelajar-Pelajar Kolej Tingkatan Enam (HuTeCS) melibatkan murid-murid SK Tapu bersama-sama dengan 24 orang pelajar sekolah berkenaan. Terima kasih daripada pihak sekolah kerana memilih SK Tapu sebagai peserta perlawanan. Terima kasih kepada guru penasihat bola tampar SK Tapu.

10 Feb 2018

Majlis Penutupan Minggu I'M Safe





Penutupan Minggu I'M Safe .. PPDa
Pengisian program Solat Dhuha, Solat Hajat, Bacaan Yaasin, Tahlil diikuti tazkirah yang disampaikan oleh Tuan Haji Roslan bin Abd Bakar... Terima kasih kepada semua yang menjayakan program yang berlangsung selama seminggu.

4 Feb 2018

Majlis Pelancaran Minggu I'M Safe Gen-T Sejahtera






Ahad, 4 Februari - Majlis Pelancaran Dan Perasmian Minggu I'M Safe yang disempurnakan oleh Encik Ahmad Shukri Ghaza, Guru Besar SK Tapu. Aktiviti akan berlangsung selama seminggu bermula hari ini yang dikendalikan oleh PK Hal Ehwal Murid melalui JK Kesihatan/PPDa.
| Gambar

1 Feb 2018

Mesyuarat Agung PIBG | Program Motivasi | Bantuan Awal Persekolah





KHAMIS, 1 Februari 2018, Bertempat di SK Tapu telah berlangsung 3 program iaitu pada jam 8.30-10.30 telah diadakan Program Motivasi Keibubapaan Bersama Murid yang disampaikan oleh Yg. Bhg. Tuan Haji Mohd So'od bin Chik, Pensyarah IPG KDRI. Seterusnya diikuti dengan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-18 yang dirasmikan oleh Yg. Bhg. Tuan Haji Ton Mansor bin Ton Abdullah mewakil YBM Dato' Haji Tengku Putera bin Tengku Awang seterusnya menyampaikan Wang Bantuan Awal Persekolahan kepada 88 orang penerima pada tahun ini. Hadir sama Encik Jafri bin Jusoh (PPPD Pembangunan, Perolehan Dan Aset) selaku Pegawai Perhubungan Sekolah. Syabas dan tahniah kepada JK yang terlibat serta pihak kantin dan individu yang sentiasa menyumbang bakti kepada sekolah.
| Gambar

30 Jan 2018

Amali Solat Jenazah




30 Januari 2018 - Amali solat jenazah dikendalikan oleh Tuan Haji Roslan dbantu oleh guru-guru SK Tapu. Terima kasih atas pengisian ilmu yang diberikan.