slaid

PEPERIKSAAN PRA PERCUBAAN UPSR | 16-19 JULAI 2018 <> PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR | 30 JULAI - 2 OGOS 2018 <> PEPERIKSAAN TAMBAH NILAI UPSR | SEPTEMBER 2018 | SK TAPU

26 Nov 2014

UPSR: SK Tapu mengekalkan pencapaian


Sekalung tahniah kepada seluruh warga sekolah atas pencapaian cemerlang dalam mengekalkan ranking sekolah antara terbaik di negeri Terengganu dalam peperiksaan UPSR 2014. 

Tahun ini, seramai 5 orang daripada 20 calon berjaya mendapat 'straight' A atau 5A sekaligus meletakkan sekolah di ranking no.6 di daerah Hulu Terenganu dan no. 10 di peringkat negeri selain mencatatkan rekod baru buat pertama kali 100% lulus semua mata pelajaran. Jutaan terima kasih kepada semua pihak terutama PPD Hulu Terengganu dengan slogannya 'Jjadi Pulok Hulu Terengganu 2014', PIBG SK Tapu, ibu bapa penduduk kampung dengan kerjasama erat bersama guru-guru, staf-staf sekolah, dan pihak lain yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. 

11 Jul 2014

30 Mac 2014

Kehilangan Sebutir Permata..

Warga sekolah dikejutkan dengan perginya arwah Ustazah Masitah binti Mat Yahya ke rahmatullah pada hari Jumaat, 28Mac 2014 atau lebih tepat lagi pada jam 7.15 malam di kediaman Allahyarhamah di Kampung Wakaf Kedondong, Bukit Payong. Allahyarham meninggalkan begitu banyak jasa dan kenangan kepada kita semua. Al-fatihah..




3 Mac 2014

Majlis Tadarus Al-quran peringkat zon KDSR 1

Tarikh: 3 Mac 2014



 Bertempat di SK Ajil, seramai 6 murid telah menyertai MTQ 2014 ZON KDSR 1. Antara acara yang disertai ialah tilawah Al-quran, Hafazan, dan bercerita dari kisah-kisah Al-quran. Alhamdulillah, kita beraya merangkul tempat ketiga dalam kategori Bercerita Kisah-Kisah Dari Al-quran menerusi adik Muhammad Shafirul Azrin Bin Mohd Fadli. 

1 Mac 2014

Minggu Anti Dadah SK Tapu 2014

Tarikh: 23-27 Februari 2014

Pelancaran oleh guru besar

Hari pelancaran Minggu anti dadah

PK HEM membacakan perutusan


Ikrar anti dadah


Sajak dideklamasikan oleh wakil murid

SUDUT INFO PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa) SK Tapu









PERTANDINGAN MEWARNA, MELUKIS POSTER, MENGARANG