slaid

PEPERIKSAAN PRA PERCUBAAN UPSR | 16-19 JULAI 2018 <> PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR | 30 JULAI - 2 OGOS 2018 <> PEPERIKSAAN TAMBAH NILAI UPSR | SEPTEMBER 2018 | SK TAPU

20 Apr 2015

Perkhemahan Integrasi SK Tapu -SK Jerong - SK Kubu 2015

Bertempat di Tapak Perkhemahan Akademi Bomba Wakaf Tapai, Marang, Sk Tapu telah berkolaborasi dengan Sk Jerong dan Sk Kubu bagi menjayakan perkhemahan dari 16-18 April 2015  yang mendapat kerjasama pihak Akademi Bomba.

Seramai 200 peserta menjayakan pelbagai aktiviti seperti Burung Hantu, Larian Berhalangan, Demonstrasi Bantuan Kecemasan, Pertandingan Masakan, dan lain-lain aktiviti. En. Sabri M. Nor, Penolong Pegawai PPD Marang telah merasmikan penutupan perkhemahan. Tahniah kepada TKRS Sk Tapu atas kejayaan tempat pertama pertandingan masakan, juga Pengakap yang mendapat tempat ketiga.










































7 Apr 2015

Majlis Tadarus Al-quran KDSR 1 Hulu Terengganu

Tarikh: 5 April 2015
Tempat: SK Ajil, Hulu Terengganu

Seramai 6 murid menyertai 3 kategori iaitu Hafazan, Bercerita Kisah Dari Al-quran, dan Tilawah Al-quran. Adik Wan Nur Athirah (tahun 6) berjaya mendapat tempat kedua dalam Hafazan(p).


Tahniah Pasukan Bola Tampar SKK SK Tapu tempat ketiga Kejohanan Bola Tampar zon KDSR 1 Hulu Terengganu 2015

Tarikh: 6 dan 7 April 2015
Tempat: SK Ajil, Hulu Terengganu

Tahniah kepada pasukan bola tampar yang pertama kali menyertai kejohanan ini yang berlangsung selama 2 hari. Kredit kepada jurulatih-jurulatih, tenaga sokongan disebalik tabir, dan terutama pentadbir sekolah. 


Pasukan Lelaki berjaya bermain di peringkat separuh akhir. Manakala pasukan perempuan bermain di peringkat kumpulan. Untuk pengetahuan, pasukan ini hanya dibentuk sejak 3 bulan yang lalu bagi projek kebitaraan sukan SKK.